sape klik,aku belanja makan..
wolf gang
Wednesday, 28 September 2011
Tuesday, 27 September 2011
cerita disebalik gambar..
kasih sayang dari ibu sebenarnya tak perlu diungkap dengan kata-kata.. malah haiwan pun tahu menterjemahkannya..
![]() | |
| seekor anak singa yang sedang bermain terjatuh ke dalam gaung.. hanya beberapa meter sahaja memisahkannya dengan maut.. |
![]() | |
| si ibu meminta bantuan untuk menyelamatkan anaknya namun tak satu pun berjaya.. |
![]() | |
| si ibu nekad mempertaruhkan nyawanya sendiri... jika cubaannya tak berjaya sekurang-kurangnya dia mati bersama anaknya.. |
![]() | |
| cubaan si ibu berjaya.. cerita belum tamat selagi si anak tidak selamat dibawa ke atas darat.. |
![]() | |
| berakhirnya satu lagi drama dalam realiti kehidupan.. kejadian begini bukan selalu kita dapat saksikan.. dalam segala hal yang berkaitan kasih sayang,manusia dan haiwan tiada perbezaan.. |
![]() | |
| memetik kata-kata bijak pandai 'dikalangan binatang,tiada manusia tetapi dikalangan manusia,ada binatang' |
Sunday, 25 September 2011
minyak wangi yang tak wangi.. jangan salah beli..
sape sini suka pakai minyak wangi.. atau dalam bahasa penjajahnya 'perfume'.. of course la semua orang suka pakai minyak wangi.. orang yang tak suka pakai minyak ni bermakna orang itu mengidap sindrom 'Ketoacidosis Abnormal Metagenomic Biochemical Intergenic Nicotinamide Genetics' atau singkatannya 'KAMBING'...
salah satu kegemaran aku waktu lapang selain menolong wife aku mengemas rumah,memasak,jaga anak dan basuh baju ialah mengumpul koleksi-koleksi minyak wangi.. minyak wangi yang aku beli tidak terhad kepada yang berjenama yang dijual di LOT 10 dan StarHill je malah kalau ada yang jual longgok tepi jalan Masjid India hatta kalau diterjah Negro a.k.a awang hitam a.k.a black mamba yang selalu jual tali pinggang,dompet kulit tiruan sekali dengan minyak wangi cetak rompak brand international pun aku sebat je.. sesungguhnya ketagihan ku terhadap minyak wangi ini lebih kronik dari mereka yang ketagihan candu di lorong Haji Taib sana..
sini aku nak kongsi ngan korang fakta-fakta tentang minyak wangi yang aku tau untuk rujukan,mana tau korang kena buat tesis final year study korang satu hari nanti.. kehkehkeh..
minyak wangi ni ada 4 jenis iaitu..
- Cologne
- Eau de Toilette (EDT)
- Eau de Perfume (EDP)
- Parfume
kebiasaannya kalau nak tau jenis sesuatu perfume tu ada tertulis kat label kotak atau botol perfume tu sendiri..
ok,sekarang ni aku nak bagitau perbezaan jenis-jenis perfume diatas yang mana ianya ditentukan
dengan kepekatan minyak harumannya sama ada daripada ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tinggi.. haruman yg mempunyai kepekatan minyak yang tinggi tahan lebih lama dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. (macam iklan bateri energizer daa)
- Cologne - mengandungi 4% minyak pati
- Eau de Toilette (EDT) - mengandungi 8% hingga 15% minyak pati..
- Eau de Perfume (EDP) - mengandungi 15% hingga 22% minyak pati..
- Parfume - mengandungi lebih 22% minyak pati..
tips lain yang aku nak kongsi kat sini cara untuk korang menentukan samada minyak wangi yang korang beli tadi dengan harga ratusan ribu rupiah,bhat mahupun yen original ataupun ciplak ialah dengan menggoncangkan botol minyak wangi tu.. lihat buih dia samada banyak atau sikit.. kalau buihnya banyak pastu lambat hilang maka sah la minyak wangi tersebut termasuk dalam golongan minyak wangi orang berada..
cara pemakaian minyak wangi yang selalu aku praktikkan adalah dengan menyembur minyak wangi tersebut ke udara dan berjalan melaluinya.. ada sesetengah orang main sembur je kat baju sampai bau melekat hinggakan jemaah kat sebelah tersasul-sasul membaca surah al-fatihah 'syirrah tal labi' dek penangan bau minyak wangi dia yang satu Masjid Sultan Mizan,Putrajaya boleh hidu bau dia.. kalau nak solat,seeloknya pakai je minyak attar dan untuk perempuan pakai bedak dah memadai.. sekian saja entri saya kali ini.. ikutkan banyak lagi tips aku nak kongsi tapi memandangkan laptop kata pegi,bantal kata mari maka aku sambung di lain entri.. challo...
Friday, 23 September 2011
betapa bersyukurnya aku.. dengan pemberian-Mu Illahi..
![]() | |||
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
Surah: An-Nahl – Ayat: 78..
Wednesday, 21 September 2011
Tuesday, 20 September 2011
anak aku kidal ????
hari ni masa makan malam tadi baru aku perasan yang anak aku suka suap nasi kat mulut dengan tangan kiri.. lepas makan bila bagi susu pun pegang tangan kiri.. sebelum ni memang aku tak amik kisah tangan mana yang dominan kalau dia pegang apa-apa pun.. cuma malam ni aku pelik sikit.. setau aku kanak-kanak ni tak menunjukkan kecenderungan kiri/kanan sehingga usia 3 tahun tapi dari pemerhatian aku,banyak 'kerja' yang anak aku buat mesti menggunakkan tangan kiri.. arghh,lantak la.. asalkan dia pandai guna mouse bila besar sok..
*fakta tentang orang kidal..
- sekitar 15-20% penduduk dunia adalah kidal..
- orang kidal ni tak semestinya parents diorang pun kidal jugak..
- Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membaca terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya..
- hari kidal sedunia disambut 13 ogos setiap tahun..
- lelaki lebih ramai kidal berbanding wanita.. (patut la..)
- bagi perempuan yang mengandung,semakin berusia seseorang itu semakin tinggi potensi mendapat anak kidal..
- orang kidal mempunyai purata hayat 9 tahun lebih lama dari orang biasa..
- orang kidal ni ramai genius apa.. tengok la obama,bill clinton,angelina jolie,man kidal etc.. ala,yang tangan kanan lagi ramai genius..
- orang kidal seorang yang kreatif.. pandai lukis,tiru sign tangan,cipta kod gitar..
- dan yang paling kelakar sekali,hampir 5% orang kidal yang maut seluruh dunia disebabkan menggunakan peralatan yang dicipta untuk mereka yang tangan kanan.. (kebanyakkan mesin-mesin besar kat kilang banyak yang pemegangnya belah kanan.. cth gergaji letrik ke,mesin moulding,etc)
Sunday, 18 September 2011
baby pun kena buat passport gak....
bila tau je baby pun kena buat passport kalau nak ke oversea,aku terus jadi cuak.. takut-takut kalau anak aku taknak bergambar depan kamera.. takut-takut dia mengamuk,buat perangai masa nak scan cap jari nanti... takut nama anak aku blacklist kat imigresen sebab kantoi tak bayar PTPTN...
tapi alhamdulillah,semuanya berjalan lancar dan passport anak aku berjaya disiapkan kurang dari 67 minit dari masa sebenar perlawanan tamat (ceh,terikut-ikut cakap pengulas astro arena la ni)..
terima kasih officer yang bernama Shah yang jaga kaunter khas kat jabatan imigresen kajang kerana memendekkan masa urusan,bekerja dengan penuh dedikasi dan menjadikan impian aku suatu kenyataan.. jumpa anda 5 tahun lagi (bila aku nak renew passport nanti)..
Subscribe to:
Posts (Atom)













