sape klik,aku belanja makan..

wolf gang

Monday 29 August 2011

sape kata keta aku tak power ????

hari ni,29 ramadhan... perjalanan 33 kilometer dari rumah aku ke tempat kerja mengambil masa 20 minit.. diulangi.. 20 MINIT !!!  walaupun keadaan jalan sedikit basah lantaran hujan renyai2 masa aku sahur tadi dan perjalanan ku di ganggu oleh 2 kemalangan kecil (seekor 'kenari' buat lap maut lalu terbabas,amoi yang bawak..dan iswara keta kebal langgar devider kat corner 'S'), namun ia tidak sedikit pun melemahkan tenaga syahwat ku dalam memandu secara membabi hutan untuk sampai segera ke tempat kerja..
ini merupakan rekod peribadi tidak rasmi yang dicatat oleh jam tangan CASIO aku (original ye,waranti laku setahun lebih lagi) di mana kalau Lewis Hamilton ngan Casey Stoner tengok mesti diorang jeles dan segera muhasabah diri sebab berlagak sebelum ni..
trafik boleh dikatakan agak lancar di mana peraturan 2 saat sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana kalau dah bilangan kereta pun kurang,jarak diantara kereta depan ngan kereta aku boleh dikatakan melebihi 19 saat.. ini membolehkan aku mencilok,buat zig-zag,main kejar2 dan beberapa lagi istilah bahaya yang hanya pemandu profesional  yang ada lesen lumba kelas kelima sahaja bisa melakukannya..
untuk mendapatkan masa terpantas tersebut pada hari2 biasa adalah sesuatu yang mustahil ibarat kata orang tua yang tak berapa betul otaknya "impossible is nothing".. err,betul ke.. silap,silap..
ibarat kata orang2 tua.. "jauh panggang dari pulut.." ini kerana kalau hari biasa confirm,paling lambat 50 minit dan paling cepat 45 minit untuk aku sampai ofis dengan jarak yang sama.. inilah hikmah nya last ramadhan pada aku dan petang nya pulak datang hikmah yang lain bila keta aku yang RPM meter dia boleh cecah 7000 tadi tersadai kat worksyop sebab masa aku nak hantar servis untuk balik kampung,pomen yang mulut dia berbau rokok marlboro tu cakap,top gasket bocor,tu yang nampak minyak terperecik merata2.. bahaya kalau tak buat top overhaul.. "abis,bila bole siap bang?" selamba je brader tu jawab,"minggu depan,aku pun nak raya gak"
ceh,puasa pun tak,cite nak celebrate raya.. terpaksa la balik kampung raya tahun ni naik keta bini..(yang bertransmisi auto..) benci,benci.. ulang 300 kali.. 

Thursday 25 August 2011

lawak di subuh sahur..


gadis   :
hari ni saya akan jalani pembedahan jantung..

jejaka :
ye,saya tau.. i love u ..

gadis  :
i love you too..


19 jam lepas pembedahan.. bila sedar si gadis lihat sang jejaka tiada di sebelah..



gadis  : mana boipren saya ayah?

ayah
   : siti tau tak sape yang dermakan jantung untuk siti ?

gadis  : apa !!! (terus menangis teresak2..)

ayah   : hehehe.. takde la.. ayah melawak je.. dia ada tadi.. gi berak kot..

gadis  : *dalam hati (ish,orang tua ni.. buat lawak lak.. taktau ke aku ada sakit jantung)

Wednesday 24 August 2011

sayangi bos anda..

aku sayang bos aku...
walaupun dia selalu marah kat aku..

aku sayang bos aku..
walaupun dia selalu bagi kerja banyak giler kat aku..

aku sayang bos aku..
walaupun banyak cuti aku dia tak approved..

aku sayang bos aku..
walaupun dia lupa nak bagi hadiah bila tiba birthday aku..

aku sayang bos aku..
walaupun dia tak datang kenduri kawen aku dulu..

aku sayang bos aku..
walaupun dia selalu hantar aku outstation kat ceruk-ceruk ulu..

aku sayang bos aku..
walaupun nak tunggu dia bagi claim buat aku berbulu..

dan yang best sekali,
..
..
..
..
aku sayang bos aku..
sebab dia bagi aku BONUS dan tambahan cuti SEMINGGU..
yahoooo.com......





Tuesday 23 August 2011

alasan-alasan best + bangang ponteng puasa..

berikut adalah alasan-alasan yang biasa kaki ponteng puasa bagi bila di tanya mengapa mereka tidak berpuasa..
  1. lupa baca niat.. (malam tadi melantak moreh tak ingat..balik terdampar kekenyangan lalu tertidur)
  2. tak bangun sahur..(berkaitan dengan alasan pertama,cuma niat ada baca tapi macam mana boleh ter'oversleep' la pulak)
  3. gastrik..(lagi satu alasan common yang diwarisi turun temurun start dari zaman jahilliah lagi..dari bapak bawak ke anak)
  4. cuaca panas giler..(tekak perit..well,you know..i used to live in London before)
  5. kerja berat..(ko try la pikul 30 kilo guni pasir ni,ulang alik warehouse,loading atas lori )
  6. kerja kat fastfood..(mana tahan godaan beb,hari-hari ngadap ayam spicy cicah tapak kasut..)
  7. tak tahan tengok bedak kecik makan aiskrim..(aiskrim mat kool blaster perisa strawberry lak tu)
  8. terrrrrrrrkorek hidung..(dah la korek pakai jari telunjuk,penuh kusyuk lagi)
  9. musafir..(perjalanan balik kampung lebih 2 marhalah..w/pun bukan naik unta tapi penat jugak woo kalau tunggang EX5 non stop)
  10. last but not least,malam tadi tido mimpi basah..bangun pagi tengok apsal melekit je ni..(yang ni pernah jadi kat aku dulu2..hampeh,mak aku bole tak percaya)



astgahfirullah... bawak-bawak la bertaubat wei.. rumah kata pergi,kubur kata come here babeh..

Monday 22 August 2011

awek sape ni ????



siot.. tak senonoh.. perangai macam patrick starfish kawan spongebob..

Sunday 21 August 2011

intai bini tukar baju..

sementara nak menunggu waktu berbuka,aku belek2 jap majalah Pa&Ma.. keluaran bila ntah bini aku beli..
baca punya baca sampai la ke ruangan petua mengeratkan hubungan suami isteri.. bila baca je petua #96,aku tergelak besar.. gelak yang orang jahat dalam cite tamil Paddayapa lakonan Rajinikanth pun tak boleh nak celen.. tulis kat situ  "tak salah sesekali intai bini tukar baju".. hahahaha..
nak try la buat sebelum gi kerja esok pagi.. tu pun kalau aku bangun awal dari bini aku..


sekadar gambar hiasan..tepek kat sini saje suka2..

Saturday 20 August 2011

i am blogger now..



   alhamdulillah,my first blog ever officially launched tepat jam 3:29 petang Sabtu 20hb Ogos 2011.. dan untuk meraikan kejayaan aku membina blog yang tak seberapa ni,aku kerahkan wife aku membuat pulut kuning untuk disedekahkan ke jiran2 sebelah,menjemput ayah aku merangkap imam surau Taman Pelangi membaca doa selamat sikit,menjamu kawan2 terdekat dengan mihun masakan aku sendiri sebagai tanda syukur atas hasil usaha aku yang rajin dan tanpa putus asa selama ni.. muahahaha..
   rakan2 luar sana,harap dapat memberi tunjuk ajar ke atas diriku yang jahil ini dalam dalam meniti arus per'blog'an yang serba mencabar,penuh onak durian demi memenuhi impian kita bersama untuk menjadi blooger yang gemilang,terbilang dan temberang di matta fair err,silap.. di mata dunia.. Peace..



*gambar tengku (rak) diatas aku cilok kat sini..

Friday 19 August 2011

bismillah..

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
    ku mohon keberkatan Mu Ya Allah,agar dipermudahkan segala urusan..