sape klik,aku belanja makan..

wolf gang

Tuesday 27 September 2011

cerita disebalik gambar..

kasih sayang dari ibu sebenarnya tak perlu diungkap dengan kata-kata.. malah haiwan pun tahu menterjemahkannya..

seekor anak singa yang sedang bermain terjatuh ke dalam gaung.. hanya beberapa meter sahaja memisahkannya dengan maut..

si ibu meminta bantuan untuk menyelamatkan anaknya namun tak satu pun berjaya..

si ibu nekad mempertaruhkan nyawanya sendiri...  jika cubaannya tak berjaya sekurang-kurangnya dia mati bersama anaknya..

cubaan si ibu berjaya.. cerita belum tamat selagi si anak tidak selamat dibawa ke atas darat..

berakhirnya satu lagi drama dalam realiti kehidupan.. kejadian begini bukan selalu kita dapat saksikan.. dalam segala hal yang berkaitan kasih sayang,manusia dan haiwan tiada perbezaan..  

memetik kata-kata bijak pandai 'dikalangan binatang,tiada manusia tetapi dikalangan manusia,ada binatang'

Sunday 25 September 2011

minyak wangi yang tak wangi.. jangan salah beli..



sape sini suka pakai minyak wangi.. atau dalam bahasa penjajahnya 'perfume'.. of course la semua orang suka pakai minyak wangi.. orang yang tak suka pakai minyak ni bermakna orang itu mengidap sindrom 'Ketoacidosis Abnormal Metagenomic Biochemical Intergenic Nicotinamide Genetics' atau singkatannya 'KAMBING'...
salah satu kegemaran aku waktu lapang selain menolong wife aku mengemas rumah,memasak,jaga anak dan basuh baju ialah mengumpul koleksi-koleksi minyak wangi.. minyak wangi yang aku beli tidak terhad kepada yang berjenama yang dijual di LOT 10 dan StarHill je malah kalau ada yang jual longgok tepi jalan Masjid India hatta kalau diterjah Negro a.k.a awang hitam a.k.a black mamba yang selalu jual tali pinggang,dompet kulit tiruan sekali dengan minyak wangi cetak rompak brand international pun aku sebat je.. sesungguhnya ketagihan ku terhadap minyak wangi ini lebih kronik dari mereka yang ketagihan candu di lorong Haji Taib sana.. 
sini aku nak kongsi ngan korang fakta-fakta tentang minyak wangi yang aku tau untuk rujukan,mana tau korang kena buat tesis final year study korang satu hari nanti.. kehkehkeh..
minyak wangi ni ada 4 jenis iaitu..
  • Cologne
  • Eau de Toilette (EDT)
  • Eau de Perfume (EDP)
  • Parfume


kebiasaannya kalau nak tau jenis sesuatu perfume tu ada tertulis kat label kotak atau botol perfume tu sendiri..
ok,sekarang ni aku nak bagitau perbezaan jenis-jenis perfume diatas yang mana ianya ditentukan
dengan kepekatan minyak harumannya sama ada daripada ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tinggi.. haruman yg mempunyai kepekatan minyak yang tinggi tahan lebih lama dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. (macam iklan bateri energizer daa)

  • Cologne                       - mengandungi 4% minyak pati
  • Eau de Toilette (EDT)  - mengandungi 8% hingga 15% minyak pati..
  • Eau de Perfume (EDP) - mengandungi 15% hingga 22% minyak pati..
  • Parfume                       - mengandungi lebih 22% minyak pati..
so,kalau nak beli minyak wangi pasni pastikan korang beli yang Parfume.. dijamin tahan lama sampaikan kalau korang dalam darurat takde air sampai 13 hari tak mandi pun orang takkan dapat beza bau lori alam flora dengan bau badan korang.. tapi biasanya yang Parfume ni,harganya separuh gaji bulanan Myanmar yang keje guard kat ofis aku kalau ikutkan paling minimum harganya..
tips lain yang aku nak kongsi kat sini cara untuk korang menentukan samada minyak wangi yang korang beli tadi dengan harga ratusan ribu rupiah,bhat mahupun yen original ataupun ciplak ialah dengan menggoncangkan botol minyak wangi tu.. lihat buih dia samada banyak atau sikit.. kalau buihnya banyak pastu lambat hilang maka sah la minyak wangi tersebut termasuk dalam golongan minyak wangi orang berada..


cara pemakaian minyak wangi yang selalu aku praktikkan adalah dengan menyembur minyak wangi tersebut ke udara dan berjalan melaluinya.. ada sesetengah orang main sembur je kat baju sampai bau melekat hinggakan jemaah kat sebelah tersasul-sasul membaca surah al-fatihah 'syirrah tal labi' dek penangan bau minyak wangi dia yang satu Masjid Sultan Mizan,Putrajaya boleh hidu bau dia.. kalau nak solat,seeloknya pakai je minyak attar dan untuk perempuan pakai bedak dah memadai.. sekian saja entri saya kali ini.. ikutkan banyak lagi tips aku nak kongsi tapi memandangkan laptop kata pegi,bantal kata mari maka aku sambung di lain entri.. challo...

Friday 23 September 2011

betapa bersyukurnya aku.. dengan pemberian-Mu Illahi..



 
Fernando Cruz Vega seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan tangan sedang melukis dibilik rumahnya di Libertad,Comas.. Ibunya,Deysi Vega sering berulang-alik dari pinggir hutan Mollomba,Peru ke bandar Lima untuk mencari bekalan ubatan dan terapi pemulihan untuk anaknya..

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
Surah: An-Nahl – Ayat: 78..

Wednesday 21 September 2011

wordless wednesday #3...

vs

JEPUN MENANG  2 - 0..


*err,korang paham ke tak ni.. tak paham tanya la sesapa yang memahami..

Tuesday 20 September 2011

anak aku kidal ????





hari ni masa makan malam tadi baru aku perasan yang anak aku suka suap nasi kat mulut dengan tangan kiri.. lepas makan bila bagi susu pun pegang tangan kiri.. sebelum ni memang aku tak amik kisah tangan mana yang dominan kalau dia pegang apa-apa pun.. cuma malam ni aku pelik sikit.. setau aku kanak-kanak ni tak menunjukkan kecenderungan kiri/kanan sehingga usia 3 tahun tapi dari pemerhatian aku,banyak 'kerja' yang anak aku buat mesti menggunakkan tangan kiri.. arghh,lantak la.. asalkan dia pandai guna mouse bila besar sok..

*fakta tentang orang kidal..
  • sekitar 15-20% penduduk dunia adalah kidal..
  • orang kidal ni tak semestinya parents diorang pun kidal jugak..
  • Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membaca terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya..
  • hari kidal sedunia disambut 13 ogos setiap tahun..
  • lelaki lebih ramai kidal berbanding wanita.. (patut la..)
  • bagi perempuan yang mengandung,semakin berusia seseorang itu semakin tinggi potensi mendapat anak kidal..
  • orang kidal mempunyai purata hayat 9 tahun lebih lama dari orang biasa..
  • orang kidal ni ramai genius apa.. tengok la obama,bill clinton,angelina jolie,man kidal etc.. ala,yang tangan kanan lagi ramai genius..
  • orang kidal seorang yang kreatif.. pandai lukis,tiru sign tangan,cipta kod gitar..
  • dan yang paling kelakar sekali,hampir 5% orang kidal yang maut seluruh dunia disebabkan menggunakan peralatan yang dicipta untuk mereka yang tangan kanan.. (kebanyakkan mesin-mesin besar kat kilang banyak yang pemegangnya belah kanan.. cth gergaji letrik ke,mesin moulding,etc)


Sunday 18 September 2011

baby pun kena buat passport gak....



bila tau je baby pun kena buat passport kalau nak ke oversea,aku terus jadi cuak.. takut-takut kalau anak aku taknak bergambar depan kamera.. takut-takut dia mengamuk,buat perangai masa nak scan cap jari nanti... takut nama anak aku blacklist kat imigresen sebab kantoi tak bayar PTPTN... 
tapi alhamdulillah,semuanya berjalan lancar dan passport anak aku berjaya disiapkan kurang dari 67 minit dari masa sebenar perlawanan tamat (ceh,terikut-ikut cakap pengulas astro arena la ni).. 
terima kasih officer yang bernama Shah yang jaga kaunter khas kat jabatan imigresen kajang kerana memendekkan masa urusan,bekerja dengan penuh dedikasi dan menjadikan impian aku suatu kenyataan.. jumpa anda 5 tahun lagi (bila aku nak renew passport nanti)..




Thursday 15 September 2011

kalau kelakar jangan gelak..

 
PELANGGAN : hei budak, meh sini kejap..
PELAYAN       : ye saye, ada apa encik?
PELANGGAN : saya ada masalah dengan sup saya ni..
PELAYAN       : kenapa encik?
PELANGGAN : cuba kamu rasa sup ni..
... PELAYAN   : kenapa? sup ni terlalu masin ke encik?
PELANGGAN : tak, cuba kamu rasa dulu..
PELAYAN       : ke sup ni terlalu panas?
PELANGGAN : tak, cuba kamu rasa dulu..
PELAYAN       : ok, baiklah.. err,mana sudunya?
PELANGGAN : HA!  TU LAA MASALAH DIA..

Wednesday 14 September 2011

wordless wednesday #2...



sekalipun anda sibuk bekerja sehingga terpaksa balik lewat malam.. dan anda dapati anak anda sudah lena,cium la dia kerana walaupun jasadnya tidur,jiwanya tetap hidup..

Monday 12 September 2011

jamban yang melukakan hatiku..


l
l
l
\/


l
l
l
\/
l
l
l
\/


l
l
l
\/
l
l
l
\/
 


celah mana tali nyer weii.. aku tak nampak pun...
*next time,just follow the instruction in english ok..

Friday 9 September 2011

Hantu Nepal...






hari ni aku dikehendaki ke pejabat HR (sumber manusia) di sebuah kilang pembuatan sarung tangan antara yang terbesar di area Kapar untuk baikpulih mesin diorang yang breakdown.. biasa la,kalau dah kilang besar sama besar dengan kilang memproses uranium yang menghasilkan tenaga nuklear di Iran,sudah tentu jumlah pekerjanya menjangkau ribuan orang.. majoriti pekerja-pekerja disana semuanya diimport dari negara-negara  dunia kelas pertama seperti Nepal,Bangladesh,Pakistan malah ada juga 5 ke 10% di ambil dari negara-negara berstatus maju dan sedang membangun seperti Myanmar dan Vietnam..
sudah menjadi lurah dendam kalau dah bekerja di ofis HR ni,kita akan berjumpa macam-macam kerenah,perangai,tingkah laku hatta bau badan mereka-mereka yang datang berurusan.. antara peristiwa kelakar yang terjadi tengahari tadi kebetulan aku ada kat sana ialah bila sekawan Nepal datang mengadu diganggu hantu kat asrama diorang.. waktu tu aku buat-buat sibuk bekerja tapi dalam masa yang sama telinga capang ala piring astro aku ni sempat menangkap sedikit butir-butir perbualan antara seorang daripada Nepal tadi merangkap translator kepada 3 orang kawan dia yang tak pandai cakap melayu,dengan manager HR yang staff kat sini panggil Mr. Wong..

manager  :  apa hat datang sini?
Nepalese  : mau kasi tau,itu bilik (sambil sebut no bilik) ada hantu.. malam jam tak bole tido..
manager  :  u orang pun ada hantu juga ka..
Nepalese : ada,malam-malam selalu kacau punya..
manager  :apa bikin dia datang?
Nepalese : tada tau apa mau.. selalu kasi duduk atas badan masa tido.. bangun pagi banyak sakit..
manager : aiya,sebelum ni ok maa.. lain orang duduk ok maa..
Nepalese : ini hantu suda ikut itu orang (sambil tunjuk kawan dia kat luar) dari kampung sana.. ini hantu satu dunia dia bole pigi..

perbualan tersebut bukanlah selancar apa yang aku taip.. korang tau la nepal,bangla,pakistan kalau cakap melayu.. mesti ada stop-stop punya.. tangan pun 'cakap' sama.. kalau boleh kaki pun nak ajak 'cakap' sekali..
dari ciri hantu yang Nepal tu cakap,aku rasa tak lain tak bukan mesti hantu himpit yang popular dikalangan kita masa dok asrama dulu.. aku taktau la hantu ni betul ke tak kewujudannya sebab aku sendiri tak pernah kena walaupun dulu masa belajar aku ada duduk asrama.. roomate aku pernah la beberapa kali kena.. selalu la dia cerita pengalaman kena himpit ni kat aku.. yang peliknya,bila aku tukar tempat tidur dengan dia,hantu tak pulak himpit aku.. ke hantu tersebut memilih mereka yang beraroma one drop perfume sahaja.. aroma badan aku semulajadi.. bau jantan la katakan..
sambung balik cite Nepal tadi..

manager  :  habis,u orang mau buat apa sikalang.. potong kambing kasi hantu makan ka?
Nepalese : tada,tada.. itu dua orang sama itu satu lagi orang mau kasi dia tukar bilik..


ek eleh.. berdekah aku ketawa dalam hati.. nak tukar bilik rupanya.. patut la pun.. dari kesimpulan yang dapat aku buat,si Bahadur ni (nama ni aku sesaja letak) baru datang dari kampung.. fresh lagi.. sampai Malaya dapat sebilik ngan orang yang dia tak kenal.. mungkin Bahadur ni terjumpa kawan sekampung dia dikalangan 3 orang tadi lalu dia mintak la agar boleh duduk sebilik dengan mereka.. maklum la,banyak berita,gosip yang panas-panas dari kampung nak di ceritainnn.. alasan dia nak tukar bilik,dia cakap la kena ganggu ngan penunggu..
muahahaha.. sian hantu tu.. tak pasal-pasal dijadikan kambing hitam oleh mereka yang mementingkan hati dan perasaan..


Thursday 8 September 2011

bila 'hero malaya' demam panas..

gambar cilok kat page brader ni..


setelah berbulan-bulan purnama mengambang anak aku dikurniakan Illahi kesihatan sihat walafiat tetapi kebelakangan ni badan beliau mula menunjukkan siptom-simtom dikunjungi demam.. demam anak aku ni berlaku malam je.. siang dia tetap aktif,hero,gaban,power rangers,sibuk menyelamatkan dunia.. hari ni aku cuti bawak gi klinik.. doktor kata biasala tu,bayi beralih bulan.. takyah dok risau la.. namun,ada fakta yang aku nak bagitau pasal ke'danger'an demam panas ni kalau kita amik secara lewa.. antaranya..
demam panas berlaku bila ada kuman/bakteria jahat (bak kata iklan yakult) mula melebarkan pengaruh politiknya dalam sel badan dan suhu akan automatik naik tinggi bagi mematikan kuman/bakteria tersebut.. ala,sama la macam korang rendam botol susu dalam air panas...tujuannya nak bunuh bakteriakan..
sekiranya ditakdirkan anak anda demam,jangan sesekali biarkan suhu badannya mencecah 38.5 darjah celcius.. bahaya ooo.. bole kena sawan.. buat apa sahaja untuk menyejukkan badan dia.. kalau ikut cara aku,basahkan tuala ngan air asam jawa pastu lap seluruh badan dia.. sebelum ni aku penah bagi dia minum air cap badak.. macam tadi pun sebelum jumpa doktor aku bagi dia minum sikit walaupun aku tak galakkan bayi korang buat.. anak aku lain la,umur 10 bulan dia dah makan berulas-ulas durian tapi syukur alhamdulillah.. perut dia ok je.. tu yang aku berani bagi makan/minum benda yang pelik sikit.. cuma dulu penah bagi dia makan keropok keju Cheezel masa tengok bola kat stadium,esoknya berak taik kuning tapi dia tak mengadu sakit..aku pulak yang risau... sejak hari tu tak bagi lagi..
bila suhu badan dah cecah 38.5 tak turun-turun jugak semakin naik ke 40, habis laa... badan mengalami 'hyperthermia' yang boleh mengakibatkan heat stroke..jangankan bayi,kita manusia biasa yang bukan dari gen mutan atau spesis buaya tembaga pun akan mengalami kerosakkan otak dan berkemungkinan menjadi cacat.. ini kerana badan boleh tahan suhu setinggi 40 tapi otak tidak..
demam panas boleh dikurangkan dengan berpeluh.. lagi banyak peluh keluar menitik lagi bagus..
stail aku kalau demam aku suka kurung dalam kereta 10-15 minit waktu tengahari panas.. lebih berkesan dari makan paracetamol ngan panadol..nak berjoging pun boleh tapi kalau dah demam,mana aku larat nak berjalan,berlari.. untuk anak-anak kecil ngan bayi tak payah la buat gitu.. gila apa nak bagi anak berpeluh kurung dalam kereta.. kang tak pasal-pasal kena soal-siasat kat pejabat SPRM lak kang.. dah bape ramai orang mati kat situ..
itu saja pengetahuan aku pasal demam panas yang boleh aku kongsi.. kalau korang ada info lain,tambah-tambah la.. sekarang ni dah waktu bagi makan ubat.. nak bagi anak aku telan ubat ni bukannya senang.. lebih susah dari kerja PA seorang menteri.. aku pun heran macam mana orang sekarang boleh senang-senang bagi anak diorang telan racun tanpa banyak melawan*..


* merujuk kes anak beranak mati bunuh diri bila mak bapak ada masalah rumahtangga suatu masa dahulu..

Wednesday 7 September 2011

wordless wednesday #1...



                                     God created Adam and Eve.. not Adam and Steve..

baca sini...

Tuesday 6 September 2011

SD memory card camera aku rosak a.k.a jahanam..




"selamat.. hari raya..
 hari untuk kita bersuka ria..
 selamat.. mari ucapkan..

 untuk kita hingga sampai tahun depan.."

antara lirik lagu raya Saloma yang tak sesuai dijadikan nada dering maupun caller ringtones untuk handphone aku raya tahun ni..
mana taknya,dah la raya ke-2 aku demam dek penangan kesejukan air kolah rumah opah..
melarat sampai raya ke-5 lak tu.. segala aktiviti berkaitan aidilfitri seperti ziarah-menziarahi,menonton tv,bermain bunga api,menyantap ketupat lemang,menghadiri kenduri tak dapat aku buat di permulaan awal minggu bulan yang mulia ini.. kesian anak bini aku yang bergumbira meraikan hari raya tanpa aku sisi menemani.. dan yang paling menambahkan sakit dihati,dikaki dan didahi ialah bila memori kad kamera aku collapse a.k.a lingkup kata orang Perak..  time aku nak transfer gambar ke laptop guna card reader asyik fail manjang.. memula ingatkan card reader yang problem.. guna USB cable pun sama gak.. dekat satu syawal masuk ke dua syawal pun tak bole jugak.. jalan terakhir yang tinggal ialah format memori kad tu pastu buat recovery balik..  ingat dengan plan genius aku tu dapat la bukak file tengok gambar-gambar tersebut tetapi hampeh.. bukan takat hampeh,hampagas,hampas kelapa suma ada.. jahanam suma gambar2 dalam tu.. then hantar memori kad tu kat klinik IT suruh technician dia fix back all the photos but the problem remains same.. dia siap sound lagi 'hanya mereka yang memiliki kepakaran tahap forensic CSI tertinggi  dengan tools,software yang canggih-manggis je yang dapat mengembalikan gambar-gambar encik yang hilang itu'.. dammit...makian ku di aidilfitri yang indah ini lantas aku menyanyikan lagu sedih raya yang bertajuk "Ku Pohon Restu Ayah Bonda" nyanyian Mamat sebagai lagu tema bagi menggambarkan perasaan hiba aku terhadap kehilangan foto-foto memori indah kami sekeluarga yang susah-payah aku kumpulkan sejak awal tahun dulu.. hanya gambar dibawah ni je yang aku sempat selamatkan (itu pun sebab aku buat desktop background) yang aku tangkap masa raya aidilfitri 1432 kat kampung aku sehari sebelum aku demam.. aku dah serik pakai memori kad SD jenama cap ayam sardin lagi..




Monday 5 September 2011

akan termakbulkah doa korang????

ntah sape post gambar ni kat e-mail aku ntah.. maybe kawan aku punya kawan pada adik dia punya sedara belah emak yang ada sepupu lelaki yang main pass-pass gambar ni lalu dapat kat aku.. korang ada gambar-gambar macam ni? tapi yang tak berbaju la.. hantar kat aku..





adap dalam berdoa tu penting beb.. kalau dah dressing,campur laki pompuan,aurat bersepah,boleh makbul ke doa tu..