sape klik,aku belanja makan..

wolf gang

Thursday, 8 September 2011

bila 'hero malaya' demam panas..

gambar cilok kat page brader ni..


setelah berbulan-bulan purnama mengambang anak aku dikurniakan Illahi kesihatan sihat walafiat tetapi kebelakangan ni badan beliau mula menunjukkan siptom-simtom dikunjungi demam.. demam anak aku ni berlaku malam je.. siang dia tetap aktif,hero,gaban,power rangers,sibuk menyelamatkan dunia.. hari ni aku cuti bawak gi klinik.. doktor kata biasala tu,bayi beralih bulan.. takyah dok risau la.. namun,ada fakta yang aku nak bagitau pasal ke'danger'an demam panas ni kalau kita amik secara lewa.. antaranya..
demam panas berlaku bila ada kuman/bakteria jahat (bak kata iklan yakult) mula melebarkan pengaruh politiknya dalam sel badan dan suhu akan automatik naik tinggi bagi mematikan kuman/bakteria tersebut.. ala,sama la macam korang rendam botol susu dalam air panas...tujuannya nak bunuh bakteriakan..
sekiranya ditakdirkan anak anda demam,jangan sesekali biarkan suhu badannya mencecah 38.5 darjah celcius.. bahaya ooo.. bole kena sawan.. buat apa sahaja untuk menyejukkan badan dia.. kalau ikut cara aku,basahkan tuala ngan air asam jawa pastu lap seluruh badan dia.. sebelum ni aku penah bagi dia minum air cap badak.. macam tadi pun sebelum jumpa doktor aku bagi dia minum sikit walaupun aku tak galakkan bayi korang buat.. anak aku lain la,umur 10 bulan dia dah makan berulas-ulas durian tapi syukur alhamdulillah.. perut dia ok je.. tu yang aku berani bagi makan/minum benda yang pelik sikit.. cuma dulu penah bagi dia makan keropok keju Cheezel masa tengok bola kat stadium,esoknya berak taik kuning tapi dia tak mengadu sakit..aku pulak yang risau... sejak hari tu tak bagi lagi..
bila suhu badan dah cecah 38.5 tak turun-turun jugak semakin naik ke 40, habis laa... badan mengalami 'hyperthermia' yang boleh mengakibatkan heat stroke..jangankan bayi,kita manusia biasa yang bukan dari gen mutan atau spesis buaya tembaga pun akan mengalami kerosakkan otak dan berkemungkinan menjadi cacat.. ini kerana badan boleh tahan suhu setinggi 40 tapi otak tidak..
demam panas boleh dikurangkan dengan berpeluh.. lagi banyak peluh keluar menitik lagi bagus..
stail aku kalau demam aku suka kurung dalam kereta 10-15 minit waktu tengahari panas.. lebih berkesan dari makan paracetamol ngan panadol..nak berjoging pun boleh tapi kalau dah demam,mana aku larat nak berjalan,berlari.. untuk anak-anak kecil ngan bayi tak payah la buat gitu.. gila apa nak bagi anak berpeluh kurung dalam kereta.. kang tak pasal-pasal kena soal-siasat kat pejabat SPRM lak kang.. dah bape ramai orang mati kat situ..
itu saja pengetahuan aku pasal demam panas yang boleh aku kongsi.. kalau korang ada info lain,tambah-tambah la.. sekarang ni dah waktu bagi makan ubat.. nak bagi anak aku telan ubat ni bukannya senang.. lebih susah dari kerja PA seorang menteri.. aku pun heran macam mana orang sekarang boleh senang-senang bagi anak diorang telan racun tanpa banyak melawan*..


* merujuk kes anak beranak mati bunuh diri bila mak bapak ada masalah rumahtangga suatu masa dahulu..

No comments:

Post a Comment