hari ni aku dikehendaki ke pejabat HR (sumber manusia) di sebuah kilang pembuatan sarung tangan antara yang terbesar di area Kapar untuk baikpulih mesin diorang yang breakdown.. biasa la,kalau dah kilang besar sama besar dengan kilang memproses uranium yang menghasilkan tenaga nuklear di Iran,sudah tentu jumlah pekerjanya menjangkau ribuan orang.. majoriti pekerja-pekerja disana semuanya diimport dari negara-negara dunia kelas pertama seperti Nepal,Bangladesh,Pakistan malah ada juga 5 ke 10% di ambil dari negara-negara berstatus maju dan sedang membangun seperti Myanmar dan Vietnam..
sudah menjadi lurah dendam kalau dah bekerja di ofis HR ni,kita akan berjumpa macam-macam kerenah,perangai,tingkah laku hatta bau badan mereka-mereka yang datang berurusan.. antara peristiwa kelakar yang terjadi tengahari tadi kebetulan aku ada kat sana ialah bila sekawan Nepal datang mengadu diganggu hantu kat asrama diorang.. waktu tu aku buat-buat sibuk bekerja tapi dalam masa yang sama telinga capang ala piring astro aku ni sempat menangkap sedikit butir-butir perbualan antara seorang daripada Nepal tadi merangkap translator kepada 3 orang kawan dia yang tak pandai cakap melayu,dengan manager HR yang staff kat sini panggil Mr. Wong..
manager : apa hat datang sini?
Nepalese : mau kasi tau,itu bilik (sambil sebut no bilik) ada hantu.. malam jam tak bole tido..
manager : u orang pun ada hantu juga ka..
Nepalese : ada,malam-malam selalu kacau punya..
Nepalese : ada,malam-malam selalu kacau punya..
manager :apa bikin dia datang?
Nepalese : tada tau apa mau.. selalu kasi duduk atas badan masa tido.. bangun pagi banyak sakit..
manager : aiya,sebelum ni ok maa.. lain orang duduk ok maa..
Nepalese : ini hantu suda ikut itu orang (sambil tunjuk kawan dia kat luar) dari kampung sana.. ini hantu satu dunia dia bole pigi..
perbualan tersebut bukanlah selancar apa yang aku taip.. korang tau la nepal,bangla,pakistan kalau cakap melayu.. mesti ada stop-stop punya.. tangan pun 'cakap' sama.. kalau boleh kaki pun nak ajak 'cakap' sekali..
dari ciri hantu yang Nepal tu cakap,aku rasa tak lain tak bukan mesti hantu himpit yang popular dikalangan kita masa dok asrama dulu.. aku taktau la hantu ni betul ke tak kewujudannya sebab aku sendiri tak pernah kena walaupun dulu masa belajar aku ada duduk asrama.. roomate aku pernah la beberapa kali kena.. selalu la dia cerita pengalaman kena himpit ni kat aku.. yang peliknya,bila aku tukar tempat tidur dengan dia,hantu tak pulak himpit aku.. ke hantu tersebut memilih mereka yang beraroma one drop perfume sahaja.. aroma badan aku semulajadi.. bau jantan la katakan..
sambung balik cite Nepal tadi..
manager : habis,u orang mau buat apa sikalang.. potong kambing kasi hantu makan ka?
Nepalese : tada,tada.. itu dua orang sama itu satu lagi orang mau kasi dia tukar bilik..
ek eleh.. berdekah aku ketawa dalam hati.. nak tukar bilik rupanya.. patut la pun.. dari kesimpulan yang dapat aku buat,si Bahadur ni (nama ni aku sesaja letak) baru datang dari kampung.. fresh lagi.. sampai Malaya dapat sebilik ngan orang yang dia tak kenal.. mungkin Bahadur ni terjumpa kawan sekampung dia dikalangan 3 orang tadi lalu dia mintak la agar boleh duduk sebilik dengan mereka.. maklum la,banyak berita,gosip yang panas-panas dari kampung nak di ceritainnn.. alasan dia nak tukar bilik,dia cakap la kena ganggu ngan penunggu..
muahahaha.. sian hantu tu.. tak pasal-pasal dijadikan kambing hitam oleh mereka yang mementingkan hati dan perasaan..
hantu tu sebenarnya kesunyiaan...dia pun nak berkawan-kawan dan bersosial jugak....
ReplyDeletehahahaha..
ReplyDeletekang terlebih sosial kang jadi macam hantu bonceng lak..