bila tau je baby pun kena buat passport kalau nak ke oversea,aku terus jadi cuak.. takut-takut kalau anak aku taknak bergambar depan kamera.. takut-takut dia mengamuk,buat perangai masa nak scan cap jari nanti... takut nama anak aku blacklist kat imigresen sebab kantoi tak bayar PTPTN...
tapi alhamdulillah,semuanya berjalan lancar dan passport anak aku berjaya disiapkan kurang dari 67 minit dari masa sebenar perlawanan tamat (ceh,terikut-ikut cakap pengulas astro arena la ni)..
terima kasih officer yang bernama Shah yang jaga kaunter khas kat jabatan imigresen kajang kerana memendekkan masa urusan,bekerja dengan penuh dedikasi dan menjadikan impian aku suatu kenyataan.. jumpa anda 5 tahun lagi (bila aku nak renew passport nanti)..
wah,kecik2 pun dah buat pasport,untung la die;)
ReplyDeletecomelnye, kcik2 dah ade passport hehe
ReplyDeletecomel gila. btw. nama anak bro ape?
ReplyDelete