sape klik,aku belanja makan..

wolf gang

Friday 14 October 2011

balik dari seminggu bercuti.. home sweet home..

perghh.. seminggu lebih tak update blog,segala macam haiwan,serangga,mergastua bersarang.. giler ahh..
mak aii.. biawak air pun ada..

Wednesday 5 October 2011

Tuesday 4 October 2011

apa yang kita tak nampak..

cuba lihat foto-foto yang diambil oleh jurugambar amatur di bawah ni.. cantik sungguh gambar-gambar permandangan dan peristiwa yang mereka ambil.. mereka semua berkongsi satu persamaan.. tahukah anda apa persamaannya?




suasana diluar sebuah masjid di Istanbul,Turki..gambar diambil oleh Tim 0'Brien..

gambar diambil di masjid yang sama oleh jurugambar yang sama.. tetapi dari sebuah restoran berdekatan..

gambar arca Palace of Fine Arts,Mexico City.. diambil oleh Jose Sebastian..


pemandangan matahari terbenam.. gambar diambil oleh Jason DeCamillas..
 persamaan antara mereka ialah..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
kesemua jurugambar tersebut adalah BUTA..

Saturday 1 October 2011

cerita disebalik gambar #2..


dua orang sahabat buta yang kehausan ingin meneguk air dari paip disebuah kuil di RagiGudda,Bangalore,India... semasa mereka menghadapi kesukaran membuka paip tersebut,muncul seekor ibu monyet (lihat gambar,ia mengendong anaknya) menolong membukanya untuk memudahkan dua sahabat itu minum..
ibu monyet itu berjaya membukti bahawa dibalik sifat 'kebinatangan',masih ada perasaan 'kemanusiaan' dalam dirinya.. tapi kita?

Tuesday 27 September 2011

cerita disebalik gambar..

kasih sayang dari ibu sebenarnya tak perlu diungkap dengan kata-kata.. malah haiwan pun tahu menterjemahkannya..

seekor anak singa yang sedang bermain terjatuh ke dalam gaung.. hanya beberapa meter sahaja memisahkannya dengan maut..

si ibu meminta bantuan untuk menyelamatkan anaknya namun tak satu pun berjaya..

si ibu nekad mempertaruhkan nyawanya sendiri...  jika cubaannya tak berjaya sekurang-kurangnya dia mati bersama anaknya..

cubaan si ibu berjaya.. cerita belum tamat selagi si anak tidak selamat dibawa ke atas darat..

berakhirnya satu lagi drama dalam realiti kehidupan.. kejadian begini bukan selalu kita dapat saksikan.. dalam segala hal yang berkaitan kasih sayang,manusia dan haiwan tiada perbezaan..  

memetik kata-kata bijak pandai 'dikalangan binatang,tiada manusia tetapi dikalangan manusia,ada binatang'

Sunday 25 September 2011

minyak wangi yang tak wangi.. jangan salah beli..



sape sini suka pakai minyak wangi.. atau dalam bahasa penjajahnya 'perfume'.. of course la semua orang suka pakai minyak wangi.. orang yang tak suka pakai minyak ni bermakna orang itu mengidap sindrom 'Ketoacidosis Abnormal Metagenomic Biochemical Intergenic Nicotinamide Genetics' atau singkatannya 'KAMBING'...
salah satu kegemaran aku waktu lapang selain menolong wife aku mengemas rumah,memasak,jaga anak dan basuh baju ialah mengumpul koleksi-koleksi minyak wangi.. minyak wangi yang aku beli tidak terhad kepada yang berjenama yang dijual di LOT 10 dan StarHill je malah kalau ada yang jual longgok tepi jalan Masjid India hatta kalau diterjah Negro a.k.a awang hitam a.k.a black mamba yang selalu jual tali pinggang,dompet kulit tiruan sekali dengan minyak wangi cetak rompak brand international pun aku sebat je.. sesungguhnya ketagihan ku terhadap minyak wangi ini lebih kronik dari mereka yang ketagihan candu di lorong Haji Taib sana.. 
sini aku nak kongsi ngan korang fakta-fakta tentang minyak wangi yang aku tau untuk rujukan,mana tau korang kena buat tesis final year study korang satu hari nanti.. kehkehkeh..
minyak wangi ni ada 4 jenis iaitu..
  • Cologne
  • Eau de Toilette (EDT)
  • Eau de Perfume (EDP)
  • Parfume


kebiasaannya kalau nak tau jenis sesuatu perfume tu ada tertulis kat label kotak atau botol perfume tu sendiri..
ok,sekarang ni aku nak bagitau perbezaan jenis-jenis perfume diatas yang mana ianya ditentukan
dengan kepekatan minyak harumannya sama ada daripada ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tinggi.. haruman yg mempunyai kepekatan minyak yang tinggi tahan lebih lama dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. (macam iklan bateri energizer daa)

  • Cologne                       - mengandungi 4% minyak pati
  • Eau de Toilette (EDT)  - mengandungi 8% hingga 15% minyak pati..
  • Eau de Perfume (EDP) - mengandungi 15% hingga 22% minyak pati..
  • Parfume                       - mengandungi lebih 22% minyak pati..
so,kalau nak beli minyak wangi pasni pastikan korang beli yang Parfume.. dijamin tahan lama sampaikan kalau korang dalam darurat takde air sampai 13 hari tak mandi pun orang takkan dapat beza bau lori alam flora dengan bau badan korang.. tapi biasanya yang Parfume ni,harganya separuh gaji bulanan Myanmar yang keje guard kat ofis aku kalau ikutkan paling minimum harganya..
tips lain yang aku nak kongsi kat sini cara untuk korang menentukan samada minyak wangi yang korang beli tadi dengan harga ratusan ribu rupiah,bhat mahupun yen original ataupun ciplak ialah dengan menggoncangkan botol minyak wangi tu.. lihat buih dia samada banyak atau sikit.. kalau buihnya banyak pastu lambat hilang maka sah la minyak wangi tersebut termasuk dalam golongan minyak wangi orang berada..


cara pemakaian minyak wangi yang selalu aku praktikkan adalah dengan menyembur minyak wangi tersebut ke udara dan berjalan melaluinya.. ada sesetengah orang main sembur je kat baju sampai bau melekat hinggakan jemaah kat sebelah tersasul-sasul membaca surah al-fatihah 'syirrah tal labi' dek penangan bau minyak wangi dia yang satu Masjid Sultan Mizan,Putrajaya boleh hidu bau dia.. kalau nak solat,seeloknya pakai je minyak attar dan untuk perempuan pakai bedak dah memadai.. sekian saja entri saya kali ini.. ikutkan banyak lagi tips aku nak kongsi tapi memandangkan laptop kata pegi,bantal kata mari maka aku sambung di lain entri.. challo...