hari ni,29 ramadhan... perjalanan 33 kilometer dari rumah aku ke tempat kerja mengambil masa 20 minit.. diulangi.. 20 MINIT !!! walaupun keadaan jalan sedikit basah lantaran hujan renyai2 masa aku sahur tadi dan perjalanan ku di ganggu oleh 2 kemalangan kecil (seekor 'kenari' buat lap maut lalu terbabas,amoi yang bawak..dan iswara keta kebal langgar devider kat corner 'S'), namun ia tidak sedikit pun melemahkan tenaga syahwat ku dalam memandu secara membabi hutan untuk sampai segera ke tempat kerja..
ini merupakan rekod peribadi tidak rasmi yang dicatat oleh jam tangan CASIO aku (original ye,waranti laku setahun lebih lagi) di mana kalau Lewis Hamilton ngan Casey Stoner tengok mesti diorang jeles dan segera muhasabah diri sebab berlagak sebelum ni..
trafik boleh dikatakan agak lancar di mana peraturan 2 saat sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana kalau dah bilangan kereta pun kurang,jarak diantara kereta depan ngan kereta aku boleh dikatakan melebihi 19 saat.. ini membolehkan aku mencilok,buat zig-zag,main kejar2 dan beberapa lagi istilah bahaya yang hanya pemandu profesional yang ada lesen lumba kelas kelima sahaja bisa melakukannya..
untuk mendapatkan masa terpantas tersebut pada hari2 biasa adalah sesuatu yang mustahil ibarat kata orang tua yang tak berapa betul otaknya "impossible is nothing".. err,betul ke.. silap,silap..
ibarat kata orang2 tua.. "jauh panggang dari pulut.." ini kerana kalau hari biasa confirm,paling lambat 50 minit dan paling cepat 45 minit untuk aku sampai ofis dengan jarak yang sama.. inilah hikmah nya last ramadhan pada aku dan petang nya pulak datang hikmah yang lain bila keta aku yang RPM meter dia boleh cecah 7000 tadi tersadai kat worksyop sebab masa aku nak hantar servis untuk balik kampung,pomen yang mulut dia berbau rokok marlboro tu cakap,top gasket bocor,tu yang nampak minyak terperecik merata2.. bahaya kalau tak buat top overhaul.. "abis,bila bole siap bang?" selamba je brader tu jawab,"minggu depan,aku pun nak raya gak"
ceh,puasa pun tak,cite nak celebrate raya.. terpaksa la balik kampung raya tahun ni naik keta bini..(yang bertransmisi auto..) benci,benci.. ulang 300 kali..
No comments:
Post a Comment