sape klik,aku belanja makan..

wolf gang

Friday, 23 September 2011

betapa bersyukurnya aku.. dengan pemberian-Mu Illahi..



 
Fernando Cruz Vega seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan tangan sedang melukis dibilik rumahnya di Libertad,Comas.. Ibunya,Deysi Vega sering berulang-alik dari pinggir hutan Mollomba,Peru ke bandar Lima untuk mencari bekalan ubatan dan terapi pemulihan untuk anaknya..

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
Surah: An-Nahl – Ayat: 78..

Wednesday, 21 September 2011

wordless wednesday #3...

vs

JEPUN MENANG  2 - 0..


*err,korang paham ke tak ni.. tak paham tanya la sesapa yang memahami..

Tuesday, 20 September 2011

anak aku kidal ????





hari ni masa makan malam tadi baru aku perasan yang anak aku suka suap nasi kat mulut dengan tangan kiri.. lepas makan bila bagi susu pun pegang tangan kiri.. sebelum ni memang aku tak amik kisah tangan mana yang dominan kalau dia pegang apa-apa pun.. cuma malam ni aku pelik sikit.. setau aku kanak-kanak ni tak menunjukkan kecenderungan kiri/kanan sehingga usia 3 tahun tapi dari pemerhatian aku,banyak 'kerja' yang anak aku buat mesti menggunakkan tangan kiri.. arghh,lantak la.. asalkan dia pandai guna mouse bila besar sok..

*fakta tentang orang kidal..
  • sekitar 15-20% penduduk dunia adalah kidal..
  • orang kidal ni tak semestinya parents diorang pun kidal jugak..
  • Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membaca terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemahkan mesej-mesejnya..
  • hari kidal sedunia disambut 13 ogos setiap tahun..
  • lelaki lebih ramai kidal berbanding wanita.. (patut la..)
  • bagi perempuan yang mengandung,semakin berusia seseorang itu semakin tinggi potensi mendapat anak kidal..
  • orang kidal mempunyai purata hayat 9 tahun lebih lama dari orang biasa..
  • orang kidal ni ramai genius apa.. tengok la obama,bill clinton,angelina jolie,man kidal etc.. ala,yang tangan kanan lagi ramai genius..
  • orang kidal seorang yang kreatif.. pandai lukis,tiru sign tangan,cipta kod gitar..
  • dan yang paling kelakar sekali,hampir 5% orang kidal yang maut seluruh dunia disebabkan menggunakan peralatan yang dicipta untuk mereka yang tangan kanan.. (kebanyakkan mesin-mesin besar kat kilang banyak yang pemegangnya belah kanan.. cth gergaji letrik ke,mesin moulding,etc)


Sunday, 18 September 2011

baby pun kena buat passport gak....



bila tau je baby pun kena buat passport kalau nak ke oversea,aku terus jadi cuak.. takut-takut kalau anak aku taknak bergambar depan kamera.. takut-takut dia mengamuk,buat perangai masa nak scan cap jari nanti... takut nama anak aku blacklist kat imigresen sebab kantoi tak bayar PTPTN... 
tapi alhamdulillah,semuanya berjalan lancar dan passport anak aku berjaya disiapkan kurang dari 67 minit dari masa sebenar perlawanan tamat (ceh,terikut-ikut cakap pengulas astro arena la ni).. 
terima kasih officer yang bernama Shah yang jaga kaunter khas kat jabatan imigresen kajang kerana memendekkan masa urusan,bekerja dengan penuh dedikasi dan menjadikan impian aku suatu kenyataan.. jumpa anda 5 tahun lagi (bila aku nak renew passport nanti)..




Thursday, 15 September 2011

kalau kelakar jangan gelak..

 
PELANGGAN : hei budak, meh sini kejap..
PELAYAN       : ye saye, ada apa encik?
PELANGGAN : saya ada masalah dengan sup saya ni..
PELAYAN       : kenapa encik?
PELANGGAN : cuba kamu rasa sup ni..
... PELAYAN   : kenapa? sup ni terlalu masin ke encik?
PELANGGAN : tak, cuba kamu rasa dulu..
PELAYAN       : ke sup ni terlalu panas?
PELANGGAN : tak, cuba kamu rasa dulu..
PELAYAN       : ok, baiklah.. err,mana sudunya?
PELANGGAN : HA!  TU LAA MASALAH DIA..

Wednesday, 14 September 2011

wordless wednesday #2...



sekalipun anda sibuk bekerja sehingga terpaksa balik lewat malam.. dan anda dapati anak anda sudah lena,cium la dia kerana walaupun jasadnya tidur,jiwanya tetap hidup..

Monday, 12 September 2011

jamban yang melukakan hatiku..


l
l
l
\/


l
l
l
\/
l
l
l
\/


l
l
l
\/
l
l
l
\/
 


celah mana tali nyer weii.. aku tak nampak pun...
*next time,just follow the instruction in english ok..