sape klik,aku belanja makan..

wolf gang

Sunday 25 September 2011

minyak wangi yang tak wangi.. jangan salah beli..



sape sini suka pakai minyak wangi.. atau dalam bahasa penjajahnya 'perfume'.. of course la semua orang suka pakai minyak wangi.. orang yang tak suka pakai minyak ni bermakna orang itu mengidap sindrom 'Ketoacidosis Abnormal Metagenomic Biochemical Intergenic Nicotinamide Genetics' atau singkatannya 'KAMBING'...
salah satu kegemaran aku waktu lapang selain menolong wife aku mengemas rumah,memasak,jaga anak dan basuh baju ialah mengumpul koleksi-koleksi minyak wangi.. minyak wangi yang aku beli tidak terhad kepada yang berjenama yang dijual di LOT 10 dan StarHill je malah kalau ada yang jual longgok tepi jalan Masjid India hatta kalau diterjah Negro a.k.a awang hitam a.k.a black mamba yang selalu jual tali pinggang,dompet kulit tiruan sekali dengan minyak wangi cetak rompak brand international pun aku sebat je.. sesungguhnya ketagihan ku terhadap minyak wangi ini lebih kronik dari mereka yang ketagihan candu di lorong Haji Taib sana.. 
sini aku nak kongsi ngan korang fakta-fakta tentang minyak wangi yang aku tau untuk rujukan,mana tau korang kena buat tesis final year study korang satu hari nanti.. kehkehkeh..
minyak wangi ni ada 4 jenis iaitu..
  • Cologne
  • Eau de Toilette (EDT)
  • Eau de Perfume (EDP)
  • Parfume


kebiasaannya kalau nak tau jenis sesuatu perfume tu ada tertulis kat label kotak atau botol perfume tu sendiri..
ok,sekarang ni aku nak bagitau perbezaan jenis-jenis perfume diatas yang mana ianya ditentukan
dengan kepekatan minyak harumannya sama ada daripada ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tinggi.. haruman yg mempunyai kepekatan minyak yang tinggi tahan lebih lama dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. (macam iklan bateri energizer daa)

  • Cologne                       - mengandungi 4% minyak pati
  • Eau de Toilette (EDT)  - mengandungi 8% hingga 15% minyak pati..
  • Eau de Perfume (EDP) - mengandungi 15% hingga 22% minyak pati..
  • Parfume                       - mengandungi lebih 22% minyak pati..
so,kalau nak beli minyak wangi pasni pastikan korang beli yang Parfume.. dijamin tahan lama sampaikan kalau korang dalam darurat takde air sampai 13 hari tak mandi pun orang takkan dapat beza bau lori alam flora dengan bau badan korang.. tapi biasanya yang Parfume ni,harganya separuh gaji bulanan Myanmar yang keje guard kat ofis aku kalau ikutkan paling minimum harganya..
tips lain yang aku nak kongsi kat sini cara untuk korang menentukan samada minyak wangi yang korang beli tadi dengan harga ratusan ribu rupiah,bhat mahupun yen original ataupun ciplak ialah dengan menggoncangkan botol minyak wangi tu.. lihat buih dia samada banyak atau sikit.. kalau buihnya banyak pastu lambat hilang maka sah la minyak wangi tersebut termasuk dalam golongan minyak wangi orang berada..


cara pemakaian minyak wangi yang selalu aku praktikkan adalah dengan menyembur minyak wangi tersebut ke udara dan berjalan melaluinya.. ada sesetengah orang main sembur je kat baju sampai bau melekat hinggakan jemaah kat sebelah tersasul-sasul membaca surah al-fatihah 'syirrah tal labi' dek penangan bau minyak wangi dia yang satu Masjid Sultan Mizan,Putrajaya boleh hidu bau dia.. kalau nak solat,seeloknya pakai je minyak attar dan untuk perempuan pakai bedak dah memadai.. sekian saja entri saya kali ini.. ikutkan banyak lagi tips aku nak kongsi tapi memandangkan laptop kata pegi,bantal kata mari maka aku sambung di lain entri.. challo...

2 comments:

  1. Putri suke pakai minyak wangi dan Putri juga ejen menjual minyak wangi.. heeee.. awak nak beli tak???

    ReplyDelete
  2. ni link minyak wangi tu http://putrilyanie.blogspot.com/2011/06/bisnes-putri-de-qestina-perfumes.html

    ReplyDelete